CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 18, 2009

ARAFAH - TEMPAT PERTEMUAN.....


Bismillahi Allahu Akbar.

Padang Arafah yang penuh barakah, mengimbau kenangan pertemuan kembali Adam&Hawa setelah terpisah sekian lama selepas terkeluar dari Syurga Allah Yang Maha Mulia..... Kini telah melebihi 1400 tahun menjadi medan pertemuan para hujjaj dari seluruh dunia di dalam mengabadikan ketaatan dan cinta kasih yang tulus sebagai makhluk kepada al-Khaliqnya....

Di Arafah..... pada hari arafah di setiap 9 Zuhijjah setiap tahun, para hujjaj berkumpul dan melaungkan "Labbbaik.... Allahumma Labbaik......" Pada hari itu meraka datang dengan segala debu dari perjalanan yang jauh dan dekat..... Pada hari itu juga hamba-hamba Allah yang datang tersebut termasuklah di dalamnya hamba-hamba yang jahat dan wanita-wanita tertentu...... dan pada hari itu Allah dengan segala belas kasihNya dan kemurahanNya telah mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya..... Alangkah beruntungnya hamba-hambaNya yang berada di sana yang telah dapat mengecap rahmat dan pengampunanNya yang mensuci heningkan segala dosa yang telah pernah berlaku......

Pada hari arafah ini para syaitan akan menjadi lemah..... sedih dan menangis dengan segala amal ibadat hamba Allah kepada al-Khaliqnya.... Thalhah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Selain daripada hari peperangan Badar, tidak ada hari yang lain yang syaitan itu dilihat terlebih hinanya, terlebih disisihkan, terlebih berdukacita dan terlebih marahnya daripada hari Arafah, dan sesungguhnya itu adalah kerana melihatkan melimpah-limpahnya rahmat yang turun (pada hari itu) dan keampunan Allah terhadap dosa-dosa besar hamba-hambaNya......"

Di dalam hadith riwayat Ibnu Huzaimah, ada diceritakan iaitu ketika 'Amru Ibnu al-'Ash hampir meninggal dunia, beliau telah menangis terlalu lama. Beliau menceritakan ketika beliau akan memeluk Islam dahulunya beliau telah meminta kepada Rasulullah SAW agar Allah mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu. Rasulullah SAW telah memberitahunya: "Wahai 'Amru, tahukah kamu bahawa Islam telah membersihkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa kekafiran, dan bahawa Hijrah membersihkan dosa sebelumnya dan Haji menghapuskan segala dosa yang dilakukan sebelumnya?" .....(HR. IbnHuzaimah).

Alangkah bahagianya apabila seseorang hamba Allah itu dapat menunaikan Haji..... lalu kembali darinya dalam keadaan penuh bersih dan suci dari segala dosa..... Janganlah sesiapapun yang telah mengenal Haji dan menikmatinya, kemudiannya kembali kepada keingkaran dan kemaksiatan kepadaNya..... Setelah melakukan Ibadat Haji..... kembalilah kepada melakukan amal ibadat sebaik mungkin dan sentiasa menambah mana yang kurang dari masa ke semasa..... makan minumlah dengan betul dari rezeki yang halal, berpakaianlah dengan penuh hikmah dan taat supaya dapat memelihara diri dan agama dari kemungkaran dan kerosakan.

Sesungguhnya rahmat Allah tersangat lazat dan nikmat......... dan sesungguhnya azab Allah juga tersangatlah sakit dah pedih...... Janganlah kita jatuhkan diri kita ke lembah kehinaan sedangkan pintu rahmat sentiasa dibentangkan oleh Allah dengan luas di hadapan kita......... Wallahu 'alam...

Labbaikallahuma Labbaikk..... Labbaika la Syarika laLlabbaikk.......

drp: RinduBaitullah di tiargi.....

0 comments: