CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 14, 2008

KAABAH... ADALAH RUMAH ALLAH


Di sinilah cinta bermula..... tempat bertemu Allah dan bertemu segala manusia... Menemui dan merasai nikmat kasih sayang Khaliq kepada makhluqNya... Walaupun ada perbezaan pendapat tentang siapa yang pertama membina Kaabah, sama ada Adam a.s. atau para malaikat; itu tidak pula menjadi masalah kepada kita... Kerana, apabila seruan itu telah datang daripada Ibrahim a.s dengan perintah Allah... maka dengan kehendak dan kuasa Allah ... segala yang di langit dan di bumi telah mendengarnya.....

Daripada zaman orang mengembara dengan berjalan kaki.... menaiki unta dan keldai ..... menyeberangi lautan dengan perahu layar ... sehinggalah ke zaman canggih berteknologi tinggi .... dengan kapal laut yang moden dan kapal terbang yang cangih ..... manusia berduyun-duyun saban tahun mengunjunginya.... Sehinggakan sekarang ini ... semusim haji telah mengumpulkan sekitar 4 juta orang membawa hati dan diri..... sujud kasih dan taqwa di Baitullahil Haram....

Mengetahui sejarahnya dari al- Hadith dan al-Qur'an... akan menambah cinta dan rindu di hati untuk mengunjunginya dan beribadat kepadaNya..... Misalnya dari hadith kita mengetahui, bila Allah mengutuskan Adam dari syurga ke dunia. maka Dia juga menurunkan 'RumahNya' dan berfirman: "Whai Adam, Aku menurunkan bersamamu RumahKu, maka lakukan tawaf di kelilingnya sebagaimana tawaf dilakukan di keliling ArasyKu; dan sembahlah kepadaKu ke arahnya, sebagaimana dilakukan ke arah ArasyKu"....

Dari Hadith juga kita mengetahui... bila Nabi Ibrahim a.s telah menyempurnakan pembinaan Kaabah, dia berkata : "Ya Allah, aku telah menyempurnakan RumahMu Yang Suci." Maka Allah menjawab: "Wahai Ibarahim, serulah kepada manusia, supaya mereka datang untuk menunaikan haji." Nabi Ibrahim a.s bertanya, " Ya Allah, bagaimanakah suaraku boleh sampai kepada mereka?" Maka Allah telah menjawab, "Kamu akan menyerukan perintahKu dan Aku akan menyebabkan sampainya seruan itu kepada mereka."

Nah.... di zaman ini dengan segala kemudahan dan rangkaian media dan kenderaan yang ada.... manusia dari seluruh dunia telah berduyun ke Baitullahil Haram... menunai cinta kasih dan bakti taqwa kepada Allah Yang Maha Esa...Di manakah lagi di seluruh dunia ini.... manusia akan sampai saban tahun di musim haji ini sebegini rupa.... Maha Suci Allah yang telah menjadikan segalanya ini....

Labbaikallahuma Labbaik!..... Labbaika Lasyarika Laka Labbaik!!.......

RinduBaitullah di tiargi....

0 comments: